SEBAGAI golongan tonggak di Tanah Melayu (Malaysia), wajarlah umat Islam mempunyai kekuatan ekonomi tersendiri yang menjana kemakmuran untuk seluruh rakyat.

Kalau anda biasa dengar nama besar ekonomi Islam seperti Tabung Haji, Bank Islam, dan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, kini ada ‘player’ baharu, iaitu Malakat Mall.

Semalam (4 Mac 2020), saya sempat melawat Malakat Mall yang terletak 500 meter dari Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Keadaannya sibuk dengan kerja ‘renovation’, kerana mengejar tarikh pelancaran 13 Mac 2020. Setelah meminta izin masuk, alhamdulillah, seorang pegawai dari syarikat pengurusan Malakat Mall sudi membawa kami melawat seluruh pasar raya itu.

Bangunan tiga tingkat yang disewa dari Setia Haruman itu mempunyai banyak jenama menarik, seperti ‘hyperruncit’ Raudhah Grocer, kedai boba Tea Amo, kedai ‘hardware’ DIY Malaya, kafeteria Bunch Oh, kedai fesyen TGM dan kedai sukan Tahan Sports. Semua jenama ini ibarat alternatif kepada jenama terkenal sedia ada.

Khabarnya, Malakat Mall juga sudah mendapat kebenaran Jabatan Agams Islam Selangor (JAIS) untuk mengadakan solat Jumaat dan solat Tarawih. lepas ini, anda boleh solat Tarawih di Mall!

Empat perkara yang menarik di Malakat Mall adalah:

a) Restoran Halal Fine Dining empat Bintang, Casa De Madani yang mempertaruhkan Cef Azizan Shukri, seorang Cef yang dikatakan pernah dinobat sebagai salah seorang 500 cef terbaik dunia.

b) Kadar sewa kedai Malakat Mall adalah 20 peratus dari jualan peniaga. Polisi ini mungkin membantu syarikat ‘start-up’ dan SME.

c) Terdapat ruang makan terbuka yang serupa dengan The Curve. Ia adalah satu lorong ‘open air’ yang kiri dan kanannya tersedia pelbagai restoran.

d) Ada permainan ‘flying fox’ dan ‘wall climbing’ dalam pasar raya ini.

Malakat Mall dijangka mengetengahkan produk berkualiti Muslim yang jarang mendapat tempat di pasaran lain.
Saya sempat melihat produk-produknya di pejabat Malakat Mall. Kebanyakannya sudah ada sijil Halal. Dan hampir semua produk itu tidak pernah saya temui. Dalam hati, saya terdetik, “Banyak rupanya produk berkualiti umat Islam…”.

Malakat Mall adalah manifestasi kefahaman Islam yang syumul, iaitu perjuangan menegakkan ekonomi Islam. Jika usaha pertama ini berjaya, ia akan dikembangkan hingga mencapai 100 cawangan di seluruh negara.

Umat Islam wajar menyertai gerakan ini, sama ada melalui penyertaan saham mahupun menyalurkan kuasa beli mereka ke pasar raya ini.

Semoga projek yang lahir dari hati sanubari umat ini terus maju dan menjadi pemain utama ekonomi Malaysia, Insya-Allah.

BILAL JAILANI
Eksekutif Pembangunan Halal

admin

Author admin

More posts by admin

Leave a Reply