Cart

 
Cyberjaya – Paparan poster hebahan 30 hari sahaja lagi pembukaan Malakat Mall yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Malakat Mall semalam tidak putus-putus menerima komen daripada pengguna.

Rata-rata meluahkan rasa tidak sabar menanti pembukaan rasminya yang dijangka beroperasi pada 1 Mac 2020 ini.

Dalam hantaran itu, pelbagai komen diterima selepas satu soalan ringkas dimuat naik, adakah tuan puan akan menjadi sebahagian daripada yang terawal hadir ke pembukaan mall yang bersejarah ini?

Seorang pelayar Facebook, Sabariah Ahmad menjawab, InsyaALLAH memang tidak sabar menunggu.

Bagi Kharul Nizam pula, dia mencadangkan supaya Malakat Mall dibuka di setiap negeri dan daerah.

“Buka setiap negeri dan daerah.. semoga orang Muslim dapat bersaing dengan non-muslim,” tulisnya.

Raudhatul Firdaus turut memberi pandangan supaya Malakat Mall dapat mengetengahkan pelbagai jenama produk Muslim.

Jelasnya, sekiranya mempunyai pelbagai pilihan nanti sudah pasti ramai akan teruja untuk memilih.

“Ketengahkan produk Muslim yang banyak jenama ya.. Syok sikit nak memilih.” kongsinya.

Dalam pada itu, terdapat juga komen bertanyakan adalah pelanggan berdaftar wajib membeli?

Menariknya, Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim sendiri dilihat membalas komen itu dengan menjawab ringkas ianya tidak wajib.

Mohd Fadzil yang dikenali dengan panggilan Coach Fadzil menjelaskan, jika melakukan pembelian baharu mendapat hak dividen itu.

“Tak wajib. Tapi kalau beli baru dapat hak dividen,” katanya menjawab ringkas soalan pemilik Facebook Azerani Mohamed Nor.

Dalam hantaran itu juga sebanyak 441 pelayar Facebook menunjukkan tanda suka, 111 perkongsian dan 44 meninggalkan komen.

Bakal pengunjung pasaraya Muslim pertama itu ternyata tidak sabar untuk turut serta dalam perjuangan membina ekonomi Muslim.

Pada masa sama orang ramai digalakkan mendaftar sebagai pelanggan Malakat Mall di bit.ly/mmcyberjaya dan layak menerima hak 10 peratus dividen secara PERCUMA itu.

Leave a Reply