Cart

 
Md Farhanuddin

Cyberjaya – MALAKAT MALL, pasaraya Muslim pertama di sini, bakal dibuka mulai Mac 2020. Namun, pihak pengurusan mall itu sudah mula mengadakan promosi dan aktiviti. Terkini, ia mengadakan program Kembali ke Sekolah pada setiap Sabtu dan Ahad di sepanjang Disember.

Para pengunjung bukan sahaja dapat membeli-belah. Mereka juga mula membiasakan diri untuk datang dan bersantai di mall yang punyai kawasan santai yang luas.

Selain itu, keunikan Malakat Mall ialah laungan azan apabila masuk waktu solat. Para pengunjung pun boleh bersolat berjemaah sebelum meneruskan aktiviti masing-masing. Md. Farhanuddin adalah di antara mereka yang cukup puashati dengan konsep malakat Mall ini. Kita ikuti komen beliau…

 

Apakah pandangan tuan pada pasaraya Malakat Mall? Ini adalah pasaraya yang bercirikan Islamik yang boleh menarik semua pengeluar produk dan pelanggan Muslim datang ke sini.

Apakah kata kunci yang paling sesuai yang tuan cadangkan untuk Malakat Mall?
“Pasaraya Mesra Muslim” di mana pengunjung boleh solat di mana-mana. Ini tidak dapat dilakukan di pasaraya lain.

Adakah tuan rasa ibadah itu menarik perhatian sebagai pengunjung?
Ya, apabila  masuk waktu, kita akan solat berjemaah. Itu yang pertama saya nampak memang  menarik.

Kenapa tuan kata begitu?
Sebagai orang Islam dan Melayu, apa-apa yang kita buat kena kembali pada Islam.  Jadi, kita nak berniaga atau untung sekali pun, kita kena ingat ALLAH. Setiap kali masuk waktu, kita usaha sedaya upaya untuk jumpa Dia dahulu. Kalau kita nak jumpa orang lain pun kita kena jumpa ALLAH dahulu. Dengan cara itu ALLAH akan bantu kita.

Apakah harapan tuan dengan kewujudan pasaraya ini?
Besar harapan saya supaya Malakat Mall mampu bersaing dengan pasaraya yang lain walaupun ramai kata tempat ini jauhlah, susah nak datang dan sebagainya. InsyaAllah tiada mustahil bagi Allah Taala.

Malakat Mall menghimpunkan pelbagai produk BMF. Apa saranan tuan?
Bagi saya pengunjung-pengunjung yang datang tidak payah risau produk ini milik siapa.  Tidak payah belek-belek produk. Belilah dengan yakin apa yang dijual di sini. Semuanya menepati kriteria itu. ~ Nurul Firdaus Khairi, MBNews.

 

Leave a Reply