Cart

CYBERJAYA – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam Malaysia (Pembela), Aminuddin Yahaya yakin produk-produk keluaran pengusaha Melayu Muslim akan terus mendapat sokongan pengguna.

Menurut Aminuddin, sentimen untuk menyokong produk-produk muslim terlalu besar sehingga permintaan daripada pengguna sudah tidak seimbang berbanding barang yang dikeluarkan.

“Ini menyebabkan saya begitu yakin barangan keluaran Melayu Muslim dengan pengurusan yang betul oleh Malakat Mall saya yakin ia akan menjadi pemangkin kepada perubahan senario perniagaan orang Muslim di Malaysia,”katanya ketika ditemui selepas Pra Pelancaran Malakat Mall di sini hari ini.

Sementara itu dalam satu sidang media pada majlis itu, Aminuddin berkata usahawan Muslim mula merasai bahang Buy Muslim First (BMF) apabila permintaan terhadap produk mereka menunjukkan peningkatan minimum 50 peratus sejak kempen itu dilancarkan tahun lalu.

Malah menurutnya terdapat juga usahawan Muslim yang memperoleh peningkatan pendapatan antara 100 hingga 300 peratus.

“Ada usahawan memberitahu sebelum ini jualan sehari adalah RM40,000 tetapi selepas kempen BMF dilancarkan jualannya meningkat RM140,000 sehari.

Menurutnya, cabaran dihadapi pengeluar adalah bagaimana usahawan Muslim perlu melabur lebih banyak dalam pengeluaran mereka berikutan permintaan tinggi daripada pelanggan.

Leave a Reply