Lembah Silikon Malaysia turut mempunyai mall-mall untuk bersantai. Bandar yang tidak sibuk dengan trafik ini menjadikan keadaan di sini lebih nyaman daripada asap kenderaan.

Yang paling mendapat sambutan ialah D’Pulze Shopping Centre. Mall yang mempunyai banyak kiosk di aras bawah begitu popular kerana harga barangan yang berpatutan. D’Pulze juga digemari kerana mempunyai pasaraya, kafe, kedai buku dan juga panggung wayang.

Tamarind Square pula terkenal kerana suasananya lebih santai dan luas. Ia lebih merehatkan kerana penataran cahaya lampu yang tidak terang benderang seperti mall-mall yang lain.

Gem in Mall pula bersaiz kecil. Mempunyai beberapa buah premis termasuk sebuah gymnasium. Tidak banyak happening yang berlaku di mall ini. Ia sesuai sebagai tempat bersantai untuk golongan pelajar.

Yang terkini dan terbaharu pula ialah Malakat Mall. Meskipun terletak bersebelahan dengan D’Pulze yang paling sibuk di Cyberjaya, Malakat Mall punyai tarikan yang tersendiri.

Sebagai mall Muslim yang pertama di Malaysia, ia menyediakan produk-produk halalan toyibban hasil keluaran usahawan Muslim. Para penguna tidak perlu was-was dengan barangan yang dipilih samada mereka membeli-belah di pasaraya Raudhah Grocer mahupun membeli kasut di Jojo Shoes mahupun beg di Himawari.

Malakat Mall adalah satu-satunya mall komuniti yang sesuai sebagai tempat berekreasi sesama keluarga. Ia mempunyai tempat parkir untuk lebih 800 kenderaan. Seseorang yang berkunjung tidak akan terlupa dengan masa kerana azan akan dikumandangkan apabila masuk waktu. Terdapat ruang yang luas untuk lebih 100 jemaah.

nordin

Author nordin

More posts by nordin

Leave a Reply