Cart

Mengecat Pintu Pagar Aktiviti Hujung Minggu Ini?
7 Perkakas Asas Yang Memudahkan kerja Mengecat Pintu Pagar Anda.
Sekiranya anda merancang untuk membuat sedikit aktiviti DIY di hujung minggu ni, membuat persiapan alat dan perkakas mengecat sebelum menjalankan aktiviti DIY anda akan membuatkan kerja anda lebih mudah dan menjimatkan masa.

7 alat dan perkakas yang anda perlukan sekiranya anda ingin mengecat pintu pagar:

1. Cat
Kami syorkan untuk menggunakan cat sembur dalam tin untuk lapisan yang sekata dan mudah dikawal. Ada banyak pilihan warna di dalam pasaran jadi pilihlah mengikut citarasa anda. Dengan menggunakan Spray Paint, masa anda jimat – tiada pembersih berus atau roller perlu dilakukan. Cat yang berbaki masih di dalam tin yang mudah disimpan.

2. Pengikis (Scraper)
Untuk membersihkan cat yang lekang dari permukaan. Pastikan cat lama yang lekang dibuang terlebih dahulu. Ini akan memastikan cat semburan anda akan lekat dan tahan lebih lama.

3. Berus dawai
Untuk membersihkan kesan-kesan karat dan permukaan yang tidak rata.

4. Tool set
Untuk kerja-kerja pembaikan kecil ke atas pintu pagar. Untuk mengetatkan skru yang longgar dan sebagainya.

5. Sarung tangan
Untuk melindungi tangan anda ketika menjalankan kerja DIY anda.

6. Kain atau plastik alas
Untuk mengalaskan permukaan atau lantai dari terkena kesan cat mahupun habuk dari kerja DIY anda.

7. Beg plastik sampah
Untuk membuang sampah hasil dari kerja DIY anda.
Semua perkakas ini anda boleh dapati di DIY Malaya. Jangan lupa untuk singgah di outlet kami di Malakat Mall untuk mendapatkan perkakas dan alat-alat ini!

Leave a Reply