Cart

“Program Munajat Perdana ini sangat menarik, para pelajar dapat mengeratkan hubungan silaturrahim selain dapat berjumpa dengan ulama-ulama terkemuka.
“Saya juga doakan ekonomi Islam terus berkembang. Saya juga doakan Malakat Mall  berjaya dalam memperjuangkan ekonomi Islam dan dipermudahkan segala urusan menjelang pembukaanya pada Mac nanti.
MOHD FAIZUL SALAHUDIN, Ustaz Pondok Simpang Tiga, Bestari Jaya.

“Saya seronok datang ke Munajat Perdana kerana dapat sertai majlis ilmu selain dapat berjumpa para ulama. MOHD FAUZAN ZAKWAN, Pelajar Mahad Ihya Ahmadi, Sungai Kelambu, Banting.

“Saya doakan yang terbaik untuk Malakat Mall agar berjaya di dunia dan akhirat. Setiap apa yang baik kita lakukan, pastinya ada balasan yang terbaik dari Allah.
MOHD NOR ISLAM OTHMAN, Ustaz Mahad Tahfiz Bustanul Ariffin, Dengkil.

“Terima kasih atas jemputan untuk saya dan rakan-rakan menghadiri program Munajat Perdana ini, saya dapat jumpa ramai kawan di sini.
ABU BAKAR HUSNAZAR, Pelajar Rusia di Mahad Tahfiz Darussalam, Cheras

“Saya bangga bila pondok kami dijemput ke majlis ilmu ini, selain dapat berjumpa dengan para ulama kami juga dapat rasakan suasana bermunajat secara beramai-ramai.
“Saya difahamkan majlis ini untuk kebangkitan ekonomi Islam dan pembukaan Malakat Mall, saya doakan pusat beli belah ini berjaya untuk mengukuhkan ekonomi Islam.
ASYRAF DANIAL ABDULLAH, Pelajar Pondok Bustanul Ariffin, Banting.

“Hari ini saya bawa sebanyak 42 orang pelajar, majlis ilmu Munajat Perdana Kebangkitan Ekonomi Islam ini memberi manfaat kepada pelajar kerana melibatkan ulama-ulama terkenal
“Insyallah, keberkatan akan ada untuk segala usaha ke jalan Allah.
AINULHAQ, Wakil Mudir Sekolah Mahad tahfiz Darussalam, Cheras.

“Munajat Perdana Kebangkitan Ekonomi Islam adalah majlis takruf, dapat berkumpul dan saling mengenali. Doa ahli ulama itu berkat, kita doakan yang terbaik untuk ekonomi Islam.
“Untuk Malakat Mall, kita doakan agar dijauhkan segala musibah dan berjaya dibuka seperti dirancang dan dijauhkan dari riba.
MUHD SUFI ABDULLAH, Ustaz Madrasah Tahfiz Baitul Mahabah, Shah Alam

Leave a Reply