Cart

 

CYBERJAYA – Proses renovasi Malakat Mall masih lagi berjalan seperti biasa. Namun ia turut menyaksikan pejuang-pejuang Malakat Mall masih semangat menimba ilmu.

Tinjauan MBNews hari ini mendapati sekumpulan para pejuang Malakat Mall terlibat dalam sesi latihan bersama Pengurus Stor Raudhah Grocer, Syahidan Hamidon.

Dalam sesi santai di ruang ‘rooftop’ Malakat Mall itu, pejuang-pejuang dilihat bersedia berdepan dengan hari pembukaan Malakat Mall pada bulan Mac ini.

 

Wan Yusryna Wan Kamarudin

Seorang pekerja, Wan Yusryna Wan Kamarudin, 24, yang bakal ditugaskan berkhidmat di Bahagian Khidmat Pelanggan berkata, ketika ini perasaannya begitu tidak sabar menanti pembukaan Malakat Mall.

Menurutnya, dia pada awalnya tidak percaya terdapat pengurusan yang mahu memperjuangkan produk barangan tempatan dipasarkan.

“Saya nak lihat Malakat Mall dibuka di depan mata saya.

“Buat masa ini kami terlibat dalam sesi latihan secara santai di sini. Siapa tahu pada masa akan datang Malakat Mall menjelma menjadi antara pusat membeli belah yang terkenal seperti pusat membeli belah ternama,” katanya.

Wan Yusryna yang pernah menjadi guru di sebuah tadika swasta berkata, dia mahu meletakkan dirinya seperti orang lain yang tidak tahu apakah perjuangan Malakat Mall sebenar.

Jelasnya lagi, dari situ dia akan berusaha mendalami perjuangan itu dan menjadi para pejuangnya.

Bagi Muhammad Faris Erwin, 24 pula berkata, dia mengakui berkhidmat di sebuah pusat membeli belah yang belum dibuka ini antara cabaran yang perlu diterimanya.

 

Muhammad Faris Erwin

Katanya lagi, berbekalkan pengalaman dalam bidang operasi di sebuah pasaraya sebelum ini membantunya menyusun strategi baharu untuk meningkatkan jumlah pengunjung.

“Saya harap sangat pasaraya ini mendapat sambutan luar biasa dan biar sama taraf seperti pusat beli belah yang terkenal,” katanya.

Berlainan pula dengan Mohd Sabri Mohd Din, 38. Dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dari sebuah pasaraya sebelum ini menganggap peluang bekerja di Malakat Mall sangat memberi kesan kepada dirinya.

 

Mohd Sabri Mohd Din

Katanya, peluang itu disifatkan sebagai rezeki terbaik kerana dapat turut serta dalam mewujudkan perubahan perniagaan ke arah membantu ekonomi Muslim.

“InsyaAllah, saya akan sama-sama membantu memperjuang dan mempromosikan jenama dan peragaan makanan segar tempatan.

“Pada masa sama, diharapkan pengunjung mengambil peluang menyokong usaha itu,” katanya.
~MBNews

 

Leave a Reply