Cart

CYBERJAYA ~ APABILA Radin Danial memilih nama Bunch-OH sebagai nama sebuah kafe di Malakat Mall, beliau tidak sangka pilihan namanya itu memikat hati Pengasas Malakat Mall, Coach Fadzil Hashim dan panel peraduan. Namun, konsep nama itu begitu unik dan ahli perniagaan yang berasal dari Kuala Lumpur ini dinobatkan sebagai pemenangnya.

Ikuti temubual ringkas dengan beliau:

Radin Danial bersama DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Perak di Konvensyen Melayu, le Meridian, Putrajaya

Dari mana saudara tahu mengenai peraduan menamakan cafe di Malakat Mall?
Peraduan menamakan cafe ini saya dapati dari Facebook Tuan Fadzil sendiri di mana beliau memberi peluang kepada sahabat-sahabat maya untuk menyumbang idea mengenai konsep dan nama cafe yang bakal beliau tubuhkan.

Dari mana datang idea untuk menamakan kafe Bunch-OH ini?
Saya mendapat idea Bunch-Oh! ini kerana branding dari Tuan Fadzil dan team mereka iaitu dari perkataan Brainy Bunch. Sejak dari awal perniagaan lagi saya suka untuk menamakan perniagaan saya dengan nama yang “catchy” bagi menarik perhatian bakal pelanggan.

 

Jadi gabungan perkataan Bunch dan Oh ini pada hemat saya amat-amat berkesan dari segi pemasaran dan trending. BUNCH ini dari segi perspektif saya adalah sebuah kumpulan yang berjaya, dan ia amat menakjubkan – OH!

Dalam status saudara di Facebook hari ini, saudara menyentuh mengenai ekonomi Melayu. Boleh jelaskan?
Sejak dari awal kemerdekaan, penguasaan Bumiputera dalam Ekonomi amat lemah. 62 Tahun kita merdeka dan penguasaan kita masih gagal mencapai 30% pegangan ekonomi walaupun Bumiputera merupakan majoriti. Perubahan dari majoriti pengguna kepada majoriti peniaga bukan suatu misi yang mudah.

Bila saudara lihat Malakat Mall, apakah perasaan saudara?
Pertama kali saya melihat Malakat Mall, perasaan saya amat, amat bangga,  Ya, Malakat Mall berjaya!

Bila nak datang ke Malakat Mall?
Insya-ALLAH, saya akan hadir di hari pelancaran Malakat Mall. Saya mendoakan kejayaan mall ini sebagai kejayaan umat Islam di Malaysia.

Leave a Reply