Cart

CYBERJAYA – Debaran pembukaan Malakat Mall semakin terasa apabila menerima ramai pengunjung melihat proses renovasi setiap hari.

Dalam satu perkongsian di Facebook Malakat Mall hari ini menarik perhatian netizen selepas Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Istighfar Hamidon menceritakan bagaimana gambaran kepuasan setelah habis berjuang.

Dalam status itu turut memberitahu, apabila pasaraya siap nanti pasti ada yang menangis.

“Nanti bila dah siap mall, ramai menangis ni. Perasaan kepuasan setelah berjuang,” kongsinya.

Pihaknya juga turut berkongsi cerita bahawa Malakat Mall berbangga dan berbesar hati menerima kunjungan dan sokongan semua menanti pembukaan rasmi bulan Mac ini.

Seorang netizen, Neil Raimy berkata, dia bangga dengan pejuang-pejuang ekonomi Islam yang bekerja keras menjayakan projek Malakat Mall.

Menurutnya, semoga segala urusan dipermudahkan dan mendapat berkat dari ALLAH SWT.

“Alhamdulilah.. respek dan bangga saya dengan semua pejuang-pejuang ekonomi Islam yang all out untuk menjayakan projek Malakat Mall.

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat berkat dari ALLAH SWT,” kongsinya.

Zaidi Aziz pula berkongsi, Alhamdulillah.. Rasa berbangga dengan semua pasukan yang terlibat,

Jelasnya, mudah-mudahan menjadi perintis kepada pasaraya Muslim selepas ini.

Selain itu, Zulkarnain Husin berharap usaha murni penggiat Malakat Mall diberi ganjaran pahala yang besar dan berterusan.

Katanya lagi, dia tidak sabar untuk membeli belah di Malakat Mall.

Bagaimanapun dia turut mencadangkan supaya Malakat Mall benar-benar mesra Muslim.

“Surau jangan hanya ada satu atau dua, bilik-bilik surau perlu ikut keperluan.

“Apa yang berlaku di pasaraya besar hari ini surau agak kecil bersesak-sesak, beratur untuk giliran solat,” keluhnya.

Hari ini Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim bersama pasukannya mengadakan lawatan kerja melihat proses renovasi di Malakat Mall.

Leave a Reply