Cart

Begitu bersemangat sekali #GengMalakat untuk menyambut hari kemerdekaan pada kali ini. Teruja melihat anak-anak kita memperagakan pakaian mereka di hadapan pentas. Ada yang ceria , malu dan bersemangat waja!

Walaupun bercampur baur perasaan anak – anak kita tetapi mereka tetap bersemangat melaungkan ‘Merdeka’ .

Saingan hebat betul! Markah dikira dari segi pakaian, gaya, dan laungan merdeka.

Di kesempatan ini, kami di Malakat Mall ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dan terima kasih buat ibu bapa yang bertungkus lumus membuat perhiasan pada pakaian anak-anak sempena sambutan kemerdekaan kita.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 63 daripada kami warga Malakat Mall. Jumpa lagi pada hari ini untuk banyak lagi aktiviti sempena Ambang Semarak Pejuangan 1957!

Leave a Reply