Mencari produk yang halal pada hari ini boleh dikatakan mudah sekiranya hanya berpandukan kepada logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM di label produk.

Yang menjadi sukar ialah bilamana sijil halal yang dilekatkan di label produk itu adalah sijil palsu. Ataupun, terdapat juga logo sijil halal yang luput tarikh kerana pihak pengeluar tidak melepasi piawaian tahunan.

Justeru itu, anda perlulah berhati-hati apabila membeli-belah agar tidak berasa kecewa apabila tesedar membeli produk yang tidak halal apabila pulang ke rumah.

Betapa pun, anda boleh menarik nafas lega kerana kesemua produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Malakat Mall adalah yang halal kerana ia adalah di antara piawaian mesti yang pembekal harus lepasi sebelum diterima menjadi vendor di Malakat Mall.

Dengan SOP sedemikian, anda boleh memilih mana-mana produk dan perkhidmatan di Malakat Mall tanpa berasa was-was. Ini menjimatkan masa serta melegakan perasaan anda.

Lagi pula, anda yang membeli barangan halal di Malakat Mall sebenarnya sedang melakukan ibadah untuk melariskan produk dan perkhidmatan usahawan Muslim. Mereka yang memperoleh keuntungan ini berpeluang membesarkan perniagaan mereka.

Dan, yang lebih penting, anda turut membantu mereka membayar zakat yang kemudiannya digunakan untuk membantu golonga asnaf. Betapa membeli-belah yang simple itu sebenarnya suatu ibadah yang membawa pahala, insya-ALLAH…

nordin

Author nordin

More posts by nordin

Leave a Reply