Cart

CYBERJAYA – Sebagai usaha mengumpul dana untuk membina sebuah rumah untuk ibu tunggal memerlukan, pusat beli belah Malakat Mall akan menganjurkan program Pasar Seringgit pada Mac depan.

Perkara itu dimaklumkan Pengasas Pusat Beli Belah itu Mohd Fadzil Hashim.

Mohd Fadzil yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch berkata program tanggungjawab sosial masyarakat (CSR) itu diadakan dengan kerjasama program khidmat masyarakat, Brainy Bunch Youth ADAB Reset 2020.

“Program Pasar Seringgit ini akan diadakan pada 28 Mac ini di Malakat Mall bagi membina rumah untuk ibu tunggal di Klang, Selangor.

 

“Sebanyak 30 gerai menjual barang ‘preloved’ dengan dikendalilan sendiri oleh pelajar Brainy Bunch akan mengambil bahagian dalam program ini,” katanya.

Beliau berkata, salah satu komponen program khidmat masyarakat itu ialah untuk mendidik setiap pelajar supaya dapat membantu orang lain~.MBNews

 

Leave a Reply