Cart

RAUDHAH CITY – Pembukaan pusat beli belah pertama yang menghimpunkan produk usahawan bumiputera, Malakat Mall di sini membuka ruang kepada koperasi dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memasarkan produk mereka di situ.

Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan SKM, Jamaliah Ismail berkata, pihaknya akan mewujudkan rangkaian bersama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) untuk mempromosikan produk-produk koperasi milik usahawan Muslim.

“Kewujudan pusat beli-belah ini membuka ruang kepada koperasi dibawah SKM memasarkan produk mereka di situ.

“Sebelum ini koperasi menghadapi masalah memasarkan produk namun dengan adanya Malakat Mall mereka diharap dapat menempatkan produk di dalam pusat beli belah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Taklimat Peluang Perniagaan dan Pemasaran Produk Koperasi di Malakat Mall yang berlangsung di Kompleks Brainy Bunch di sini hari ini.

Taklimat tersebut disampaikan Pengasas Malakat Mall yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim.

Seramai 20 koperasi hadir mendengar taklimat tersebut selain dibawa melawat Malakat Mall yang kini dalam proses akhir sebelum dibuka kepada umum 13 Mac ini.

Mengenai kerjasama dengan Kopeasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM), beliau menambah, pihaknya akan mewujudkan rangkaian dengan koperasi untuk bersama KoPPIM dalam memasarkan produk-produk usahawan Muslim.

Ditanya mengenai pasar raya Raudhah Grocer, Jamiliah mengakui teruja kerana ia kali pertama sebuah pasar raya menghimpunkan semua produk-produk keluaran Muslim.

“Insya-Allah, SKM dan koperasi akan bersama KoPPIM untuk bersama-sama memajukan Raudhah Grocer,” ujarnya. – MT

One Comment

Leave a Reply