Cart

RAUDHAH CITY – Pembukaan Pusat Beli belah Malakat Mall yang terletak di Cyberjaya di sini yang sepatutnya dibuka pada 1 Mac ini ditunda kepada 13 Mac, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall Sdn. Bhd., Mohd. Fadzil Hashim hari ini.

Menurut beliau, ini untuk memastikan kesemua sistem dan fasiliti dalam dan luar pusat beli belah itu berada dalam keadaan sempurna untuk kemudahan para pelanggan.

“Ini untuk kemudahan para penyokong kami dan orang awam berkunjung ke Malakat Mall nanti,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Tambah beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch, pihaknya memohon maaf atas segala kesulitan dan orang ramai boleh melawati laman sosial Facebook Malakat Mall untuk mengetahui pengumuman dan berita terkini pusat beli belah itu.

Malakat Mall yang mencetuskan fenomena di seluruh negara akan menjadi pusat perniagaan menghimpunkan produk-produk usahawan Muslim dan bumiputera.

Leave a Reply