Cart

Selepas Subuh Berjemaah di Centre Court Malakat Mall.

1. Kini sistem ekonomi yang berasaskan riba adalah darurat buat kita. Hatta yang dikatakan sistem perbankan Islam.
2. Darurat bermaksud kita bolehlah guna untuk keperluan-keperluan mendesak ‘crucial’ untuk meminjam. Tetapi sampai bila?
3. Paling kurang, ada niat nak cuba usahakan sesuatu untuk keluar dari sistem riba ini. Melalui menyokong dengan kekuatan yang ada.
4. Formula untuk keluar dari sistem ini antaranya adalah melalui INFAQ & membina kekuatan ekosistem ekonomi Islam. Juga melalui pelaburan strategik.
5. Maka hari ini, suatu inisiatif untuk mewujudkan Bank Koperasi NORIBA akan mula digerakkan secara agresif. Selepas solat jumaat, ada majlis ‘soft-launching’ untuk inisiatif NORIBA di Malakat Mall.
6. Dalam fasa pertama ini, NORIBA akan menggunakan dana tabung INFAQ ini 50% untuk memberikan pinjaman tanpa faedah. 50% untuk pelaburan strategik dalam projek membina kekuatan ekosistem ekonomi Islam.
7. Satukan kekuatan kita yang ada. Infaq melalui wang ringgit, ilmu, kepakaran, kemahiran dan seumpamanya. Sasaran adalah dalam masa 10 tahun, bebasriba. Dengan izin Allah SWT.

Allahu Akbar!
MasyaAllah MasyaAllah MasyaAllah
Tahun 2020 ~ cetusan momentum
“Perang kepada Riba dengan Mula Berusaha Berinisiatif Melalui Platform Noriba”
Info lanjut, klik www.noriba.io

Leave a Reply