Cart

Sila Langgar Garisan Ini!🚦| #MalakatMaklumPernah nampak tak garisan hitam atau kotak hitam atas jalan raya berhampiran lampu isyarat?

Garisan tu namanya Loop Sensor yang berfungsi sebagai pengesan kenderaan di lampu isyarat. Ia akan menerima isyarat setiap kali ada kenderaan yang melintasinya dan signal tersebut akan dihantar ke lampu isyarat bagi tujuan menukar warna lampu.

Maknanya selagi tak dilanggar, selagi itulah lampu isyarat tak akan bertukar warna. Berkicaplah kat situ tunggu sampai esok. Jadi jangan takut-takut nak langgar pulak 😆

Langgar garisan hitam di lampu isyarat tau, bukan langgar lampu isyarat! ☝🏼
Kredit: Twitter @/callmeyid

Leave a Reply