RAUDHAH CITY 7 Jan. – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan melipat gandakan usaha pada tahun ini untuk menarik lebih banyak ahli untuk bersama menyertai Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KOPPIM).

Menurut Setiausaha Kerja PPIM, Zharif Johor, antara usaha tersebut ialah meningkatkan kempen penerangan dan mengadakan kerjasama lebih erat dengan Ketua Pengarah Operasi KOPPIM, Mohd. Fadzil Hashim.

“Seperti hari ini kami datang bertemu dengan Coach Fadzil untuk mendapatkan maklumat mengenai perancangan beliau.

“Alhamdulillah, semuanya sudah diatur oleh beliau untuk membawa agenda lebih besar kepada KOPPIM dan memberi perubahan kepada ekonomi Islam,” katanya.

Terdahulu, satu rombongan PPIM yang diketuai Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan meluangkan masa lebih dua jam bertemu dan bertukar idea bersama Mohd. Fadzil yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch di ibu pejabatnya di sini.

Mengulas lanjut, Zharif berkata, pihaknya menyasarkan untuk mendapat sebanyak satu juta ahli dan pada masa sekarang sambutan daripada orang ramai sangat menggalakkan.

Katanya, orang ramai yang berminat menjadi ahli KOPPIM boleh melayari laman web KOPPIM di www.koppim.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

admin

Author admin

More posts by admin

Leave a Reply