Cart

CYBERJAYA – Biarpun barangan penjagaan diri yang terdapat di pasaran hari ini tumbuh bak cendawan, namun itu tidak menghalang produk jenama Asianic tampil bersaing dengan yang lain.

Lebih membanggakan, kualiti produk keluaran Muslim ini juga adalah setanding dengan jenama-jenama antarabangsa yang lain.

Pengarah Pemasarannya, Leny Adam berkata, Asianic sudah berada di pasaran tempatan sejak tiga tahun ini bukan hanya halal malah ia diformulasi dengan bahan-bahan semulajadi sesuai dengan semua keadaan pengguna.

“Hasrat kita adalah untuk untuk mengeluarkan produk-produk halal yang bermutu tinggi dengan formulasi yang bagus.

“Bagaimanapun, kita mahu semua produk ini juga dijual dengan harga yang berpatutan agar semua pengguna di luar sana dapat menikmati produk yang setanding antarabangsa”.

Mengulas lanjut, Leny berkata, ke semua jenis-jenis produk yang dikeluarkan Asianic diformulasi daripada bahan-bahan astrak buah-buahan dan bunga-bungaan.

“Asianic menampillan pelbagai jenis produk penjagaan diri iaitu dari hujung kaki hingga hujung rambut seperti skrub badan, syampu, pencuci wanita, losyen.

“Selain itu kami juga ada hasilkan produk-produk penjagaan diri khas untuk kanak-kanak dan boleh dikatakan, jenama ini ada mengeluarkan produk untuk seisi keluarga,” katanya.

Katanya, produk yang diformulasikan dengan bahan-bahan semulajadi sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

“Maknanya produk kami adalah water base, jadi sesiapa yang ada masalah kulit boleh gunakan.

“Bagi mereka yang tiada masalah, sudah tentu produk ini mampu meningkatkan kesegaran kulit mereka.

“Kami juga ada mengeluarkan produk-produk tradisi seperti susu beras, tapi dengan versi yang lebih moden bagi memudahkan pengguna,” katanya.

Bagi memastikan jenama produknya terus berkembang, Leny memberitahu, Asianic bakal di pasarkan di pasaraya Muslim, Malakat Mall yang bakal dibuka pada Mac ini.

[/vc_column_text]
“Alhamdulillah, sebagai jenama keluaran Muslim, kami turut memberikan sokongan sepenuhnya ke atas pembukaan pasaraya ini.

“Harapan kami dapat bersama-sama dengan Malakat Mall untuk memperkasakan ekonomi orang Islam apatah lagi konsep yang diketengahkan begitu menarik sekali.

“Diharap ramai pengguna di luar sana akan memberi sokongan kepada produk keluaran Muslim,” katanya.

[/vc_column][/vc_row]
 
Leave a Reply