Cart

HUBUNGAN ERAT TURKI-MELAKA

Selama ini, kebanyakan kita hanya mengetahui kerajaan Islam di Alam Melayu yang paling awal menjalinkan hubungan diplomatik dengan Daulah Uthmaniyah ialah kerajaan Aceh Darussalam.

Namun begitu, catatan Portugis, menyatakan dengan jelas tentang kehadiran pedagang-pedagang dari Turki Uthmaniyah ke Kota Melaka untuk membeli rempah-ratus dari Pelabuhan Melaka.

Malah sumber Portugis juga menyatakan bahawa terdapatnya tentera Turki Uthmaniyah dalam angkatan tentera Melaka ketika berlakunya perang antara Portugis dan Melaka pada tahun 1511!

Lebih menarik lagi, beberapa penulis Turki dan Arab menukilkan bahawa terdapatnya hubungan langsung antara Sultan Daulah Uthmaniyah iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih dan Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Syah.

Penulis buku, Hasanudin Yusof telah ke Istanbul selama beberapa minggu khusus untuk menjalankan kajian tentang hubungan Kesultanan Melayu Melaka dan Daulah Uthmaniyah. Dari itu, terhasillah buku yang memaparkan bukti-bukti ini.

Buku Uthmaniyah dan Kesultanan Melaka, kini terdapat di IqraRead, Malakat Mall, Cyberjaya.

Harga: RM44.00
Halaman: 244

Rahsia Sejarah yang Dibongkar #IQRAReadBookstores

Leave a Reply