Cart

CYBERJAYA – Raudhah College yang sebelum ini menawarkan kursus diploma dan sijil dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, kini menawarkan tiga lagi kursus tambahan melalui kerjasama strategik bersama sebuah IPT dari Australia.
 
 
Satu majlis memeterai perjanjian usahasama (MoU) antara Raudhah College dan Excel College Australia itu diadakan semasa perlancaran MalakatMall di sini, semalam.

MoU itu disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Raudhah City Sdn. Bhd. (Raudhah City), Mohd. Fadzil Hashim dan CEO Excel College Australia, Melissa Veidreyaki.

Pengarah Urusan Raudhah College, Dr. Taha Mohd. Omar berkata, menerusi kerjasama tersebut kolej tersebut kini mempunyai tambahan tiga kursus diploma iaitu Diploma Pengurusan dan Kepimpinan, Diploma Perakaunan dan Diploma Dandanan Rambut.

“Berdasarkan persetujuan bersama, kami berperanan dari segi pemasaran, operasi dan melatih pensyarah untuk mengajar tiga kursus berkenaan manakala kandungan kursus-kursus dari Australia, “jelasnya.

Menurut Dr Taha, kesemua kkursus diploma yang ditawarkan itu telah mendapat kelulusan Lembaga Akreditasi Australia (ASQA) dan tempoh diploma ini hanya setahun.

Sementara itu, Veidreyaki berkata, pihaknya sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Raudhah College dalam menawarkan pendidikan berkualiti dari Australia untuk penuntut Malaysia.

Ini merupakan kerjasama yang pertama diadakan antara kolej ini dan IPT di Malaysia. Kolej ini menawarkan tiga kursus diploma yang mana kesemuanya telah mendapat pengiktirafan daripada ASQA,” ujarnya.

Operasi Raudhah College atau sebelum ini dikenali sebagai Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak (KPAKK) akan berpindah dari Damansara ke Cyberjaya pada Jun ini.

Selain suasana persekitaran pembelajaran yang stategik, para penuntut juga mempoleh banyak manfaat lain termasuk menjadi ahli KOPPIM, mendapat diskaun 10 peratus berbelanja di Malakat Mall, peluang jana pendapatan dan jaminan kerja dalam 6 bulan. 

 

Leave a Reply