Cart

Assalamualaikum wbt, #GengMalakat!
InsyaAllah Projek Raudhah City akan berpindah ke Malakat Mall Cyberjaya!
Kita merancang, Allah juga merancang! Dan Dialah sebaik-baik perancang!
Raudhah City Sky Village akan dibina bersambung dengan Malakat Mall InShaAllah!

Kami sudah pun mendapat tawaran pembelian ‘Development Rights’ bagi membina projek Pembangunan bercampur di Cyberjaya bersambung terus dengan Malakat Mall.

Ciri utama Komuniti Raudhah City adalah ‘mencintai sesama untuk kejayaan Dunia dan Akhirat’. Solat Subuh secara berjamaah untuk orang Islam akan menjadi pengikat kasih sayang antara komuniti.

Projek ini adalah milik penuh kami sendiri dan bukan dengan kerjasama syarikat lain. Agak sukar untuk pemaju lain memahami perjuangan Raudhah City.

Saya dan keluarga besar Brainy Bunch akan berHijrah kesini InshaAllah!
Ini adalah Madinah kami! Pasar Islam ‘Malakat Mall’ sudah siap! Alhamdulillah!

Ini adalah gambaran Raudhah City Skyville sebelum kita nak taraf designnya.
InshaAllah harga rumah adalah dibawah paras RM500,000 agar ianya mampu dimiliki.

Mohon doakan projek ini dipermudahkan dan diberi kejayaan!
Coach Fadzil
Pejuang Ekonomi dan Pendidikan Islam
Pengasas Raudhah City, Brainy Bunch dan Malakat Mall
P/S: Rumah disini adalah berstatus FREEHOLD!

Leave a Reply