Cart

 

CYBERJAYA – Jenama barangan sukan tempatan, Sportsrevo milik pemain bola sepak terkenal Safiq Rahim mengambil inisiatif memperkenalkan jenama sukan itu setanding jenama antarabangsa.

Pemain bola sepak Melaka United itu berkata, perjumpaan bersama pengurusan Malakat Mall dan Brainy Bunch adalah salah satu usaha yang dilakukan untuk mempromosikan jenamanya ke peringkat lebih baik.

“Jenama Sportsrevo telah diperkenalkan setahun yang lalu tetapi belum mendapat perhatian sepenuhnya.

“Orang tak tahu lagi jenama ini milik orang tempatan jadi sebagai pemilik jenama saya akan lebih agresif untuk mengembangkan jenama Sportsrevo,” katanya ketika ditemui di Brainy Bunch hari ini.

Safiq juga mengakui pelbagai peluang sebenarnya boleh diperolehi untuk mengembangkan jenama sukan ini namun perlu melakukan satu persatu.

Katanya, beliau mahu jenamanya dikenali dan dimanfaatkan oleh semua peminatbsukan negara seperti yang dilakukan di negara lain.

Mengulas lanjut mengenai pertemuan itu, Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim berkata, selain memperkukuhkan jenamanya, satu projek bersama Tahan Sport bakal dilancarkan dikenali sebagai Program Usahawan Sportsrevo by Safiq Rahim dan Coach Fadzil.

“Program usahawan ini disasarkan kepada semua sekolah yang mempunyai pelajar dan guru yang menjadi usahawan ini dengan melatih mereka menjadi usahawan Sportrevo.

“Sasaran kita adalah kepada 10,000 usahawan 1 Malaysia memandangkan idea asalnya untuk menjadi jenama sukan tempatan terkenal,” katanya.

Coach Fadzil berkata, bersesuaian dengan fokus Tahan Sport yang mana kita nak galakan 1 juta rakyat untuk membudaya sukan dalam kehidupan.

Jelasnya lagi, dalam perbincangan itu juga kita cadangkan Sportsrevo mewujudkan Akademi Bola Sepak paling minima 14 nation wide yang mana kita cipta branding kita, total plan untuk peserta berumur 4 hingga 17 tahun.

“Mereka daftar keahlian pada masa sama anak-anak ini akan membudayakan lifestyle tadi.

“Dia (Safiq Rahim) bukan sahaja dapat memperkasakan jenamanya tetapi meluaskan pengalamannya sebagai pemain bola sepak terkenal,”katanya.

Pemain posisi tengah itu pernah menyertai pasukan Selangor Fa pada tahun 2010, JDT dan terkini Melaka United. 

 

Leave a Reply