Cart

CYBERJAYA – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya  menggesa kerajaan memberi sokongan penuh kepada Pasaraya Malakat Mall di Cyberjaya bagi meningkatkan ekonomi Muslim dan bumiputera di negara ini.

Menurutnya, cadangan itu antara usaha mengubah jurang ekonomi antara Muslim dan bukan Muslim yang masih tiada perubahan sejak 62 tahun lalu.

 

“Sokongan dan bantuan itu amat penting jika mahu melihat ekonomi masyarakat Muslim seimbang dengan bukan Muslim pada masa hadapan.

“Saya fikir kerajaan perlu berikan geran kepada Malakat Mall. Sepatutnya sejak 62 tahun lalu ekonomi umat Islam boleh berubah tetapi gagal kerana masalah ketirisan, rasuah dan lain-lain,” katanya sempena Majlis Pra-Pelancaran Malakat Mall di Cyberjaya hari ini.

Aminuddin berkata, pejuang ekonominya, Mohd Fadzil Hashim bersama pasukannya perlu dibantu untuk memperkasakan ekonomi umat Islam.

Selain Mohd. Fadzil, turut hadir dalam program itu termasuklah Pengerusi Eksekutif Setia Haruman, Ahmad Khalif Tan Sri Mustapha Kamal dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Aminuddin turut berpendapat, jika jurang itu gagal diatasi, beliau bimbang dalam tempoh antara 20 hingga 30 tahun akan datang, keharmonian negara menjadi kucar kacir kerana tiada keseimbangan dalam ekonomi.

 

Leave a Reply