Cart

RAUDHAH CITY – Hampir 2,000 orang hadir pada majlis solat hajat, doa dan munajat dalam program Munajat Perdana Kebangkitan Ekonomi Islam di Malakat Mall di sini hari ini.

Program yang bermula pada pukul 5 petang itu dihadiri Lebih 1,300 pelajar sekolah tahfiz dan pondok dari seluruh negara.

Solat berjemaah yang disusuli dengan bacaan Yasin, tahlil dan zikir munajat itu mencipta sejarah tersendiri sebagai perhimpunan dan majlis solat berjemaah terbesar yang diadakan di pusat beli belah pertama.

Perasmian itu disempurnakan oleh Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim yang merupakan pencetus idea penubuhan Malakat Mall.

Mohd. Fadzil dalam ucapannya berkata, pembukaan Malakat Mall pada Mac ini diharap menjadi pencetus kebangkitan ekonomi Islam.

“Diharapkan pembukaan Malakat Mall ini diberkati Allah dan langkah pertama ini akan berjaya seterusnya membuka peluang kepada lebih banyak lagi Malakat Mall di seluruh negara,” katanya.

Program itu turut menghimpunkan tokoh dan pemikir agama; pemimpin pertubuhan bukan kerajaan, golongan peniaga dan orang ramai.

Antara Datuk Nazim Johan (PPIM); Maulana Wan Tahir; Aminuddin Yahya (Pembela); Masridzi Sat (Pembela); Habib Agil Ben Yahya;
Kiyai Pesantren Wali Songo, Kiyai Dr. Zainol Arifin; Cikgu Izat, mudir-mudir sekolah dan lebih 20 pemimpin NGO.

Leave a Reply