Cart

 CYBERJAYA – Pengguna produk berasaskan semburan pembersih semulajadi kini boleh didapati di Raudhah Grocer, Malakat Mall.

Membawa misi cintakan alam semulajadi, produk jenama Gramp’s menawarkan produk pembersih udara, pembersih rumah dan penghapus serangga termasuk nyamuk, cicak dan lipas yang bebas bahan kimia dan sintetik.

Tidak dinafikan penggunaan bahan kimia melampau boleh menjejaskan kesihatan dan produktiviti semulajadi secara mendadak.

Pengarah Bahagian Pemasaran dan Komunikasi Gramps Asia, Eza Feizaty Nor Rezan berkata,  setiap produk jenama itu  berasaskan 100 peratus bahan semulajadi.

Menurutnya, Gramp’s merupakan pengeluar produk nyah bau, pengusir serangga dan binatang serta bahan pencuci  milik Bumiputera sekali gus berhasrat menyertai perjuangan memasarkan produk bumiputera di situ.

“Sejak ditubuhkan pada tahun 2006 jenama Gramp’s sudah dikenali antaranya pengusir nyamuk, tikus dan cicak, produk nyah bau Lavender Odorizer, cecair pencuci pinggan mangkuk dan lantai.

“Pada awal perniagaan, kami menggunakan jenama Uniq, sebelum menukar kepada Uniq Nature Quality  dan kemudiannya kami menjenamakan semula kepada jenama Gramp’s bagi mengkomersialkan secara besar-besaran dan untuk ke peringkat global,” katanya kepada MBNews.

Eza hadir ke Malakat Mall bersama pengarah jualan, Norhafiza Maidin turut bertemu Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Istighfar Hamidon sempat mendengar perjuangan pusat membeli belah Muslim, Malakat Mall yang akan dibuka Mac ini.

Mengulas mengenai bagaimana nama Gramp’s dicetuskan, beliau memaklumkan ia merupakan singkatan panggilan datuk iaitu Grandpa memandangkan produk Gramp’s wujud apabila bapanya mengambil berat untuk merawat cucunya yang terkena gigitan nyamuk.

Katanya lagi, bapanya melakukan kajian sendiri dan akhirnya menjadikan produk itu sebahagian daripada perniagaan keluarga mereka.

“Nama itu kekal sehingga hari ini dan mula menempa nama di seluruh Malaysia.

“Bagaimanapun kita juga menghantar sampel produk ke Bahrain, Sri Lanka dan terkini menerima permintaan dari Turki,” katanya.

Berkongsi pandangan adakah berdepan dengan kesukaran memasarkan produk di pasaraya, Eza berkata, pada awalnya untuk menembusi pasaran pusat membeli belah agak sukar kerana mentaliti masyarakat hari ini memandang produk semula jadi dijual dengan harga yang terlalu mahal.

Namun pihaknya terpaksa memikat hati pelanggan melalui pelbagai cara dan memfokuskan golongan sasaran utama dengan menjual dengan harga mampu milik.

Jelasnya, lebih menarik Gramp’s  juga dijual di reruai dan kini  boleh didapati di beberapa lokasi terpilih termasuk di farmasi terpilih
dan kedai produk semulajadi.

Leave a Reply