Cart

CYBERJAYA – Perjuangan Malakat Mall sebenarnya seiring dengan perjuangan Nabi Muhammad SAW pada masa dahulu yang seharusnya perlu disokong oleh umat Islam.

Pendakwah, Ustaz Mohd Fakhrurrazi Hussin atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Fakhrul melahirkan rasa terharu dengan perjuangan itu.

Menurutnya, jika diberi kesempatan beliau ingin turut serta dengan perjuangan yang dibangunkan oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim untuk memajukan ekonomi Islam.

“Bagi saya perjuangan itu bukanlah perjuangan yang baharu dilakukan tetapi  telah diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW pada zaman nabi sendiri apabila terdapat aktiviti monopoli Yahudi dalam pasar ekonomi umat Islam.

“Ketika itu Nabi Muhammad SAW menubuhkan pasar al-Manakhah untuk menghilangkan monopoli Yahudi  zaman waktu sampai di Madinah itu,” katanya apabila diminta mengulas mengenai perjuangan pusat membeli belah Islam pertama di Cyberjaya yang bakal menjadi mercu tanda kebangkitan ekonomi Muslim.

Bekas peserta program realiti Imam Muda musim kedua itu turut menerangkan ketika itu kumpulan yang menguasai ekonomi Islam di Madinah bukan orang Islam tetapi Yahudi yang sistemnya dipegang oleh golongan mereka (Yahudi).

Katanya, Nabi Muhammad SAW kemudiannya menubuhkan sebuah pasar yang lain dengan konsep wakaf, tanpa riba berkonsepkan cara Islam dan sebagainya.

“Akhirnya pasar al-Manakhah ini berjaya memecahkan semula monopoli orang Yahudi dan mengangkat kembali ekonomi umat Islam pada zaman itu.

“Dari situlah umat Islam dipandang tinggi khususnya  di Madinah al-Munawarrah  hingga berita ini sampai ke kota Mekah malah ke seluruh dunia,” katanya.

Mohd Fakhrurrazi berkata, perjuangan seumpama itu perlu disokong secara serius oleh Muslim supaya orang Islam dapat sama-sama meningkatkan ekonominya.

Jelasnya, dari situ nanti memberi impak besar dalam aspek imej, martabat dan ekonomi Muslim  khususnya orang Islam di Malaysia. ~MBNews

 

Leave a Reply