Cart

PUTRAJAYA – Selepas hampir seharian berpanas di pintu masuk utama Bangunan Perdana Putra, pengamal media menarik nafas lega apabila ada pihak datang menghulurkan sumbangan makanan dan minuman.

Antara pihak yang datang melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu ialah Restoran Nasi Lemak Royale Kedah cawangan Putrajaya, Malakat Mall dan McDonalds Putrajaya.

Pengurus Restoran, Sharifah Afidah Syed Abd Rahman, 36, berkata sebanyak 50 bungkus makanan dan minuman itu diberikan kepada pihak media yang berkumpul di hadapan bangunan berkenaan sejak pukul 8 pagi tadi.

Beliau berkata, sumbangan makanan itu adalah salah satu program CSR restorannya.

“Saya mengetahui pengamal media berada di sekitar bangunan ini untuk membuat liputan, jadi saya mengambil inisiatif untuk belanja semua pengamal media ini.

“Tanpa mereka sudah tentu masyarakat tidak mengetahui berita terkini apa yang sedang berlaku di dalam atau luar negara,” katanya.

Malakat Mall memberi sumbangan berupa air mineral dan roti manakala, McDonalds Putrajaya menghantar set burger dan air.

Sumbangan dari Malakat Mall diserahkan oleh Pengurusnya, Farah Hazwani Amir Hashim yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd. Fadzil Hashim.

Terdahulu, pegawai Pejabat Perdana Menteri turut menghantar KFC kepada pengamal media.

Leave a Reply