Cart

RAUDHAH CITY – Majlis Ta’alim oleh pengurusan pusat beli belah Malakat Mall di sini telah menjadi amalan kepada semua warganya sebelum melakukan tugasan harian masing-masing.

Menurut status akaun Facebook Abdul Aziz, majlis itu yang pada awalnya bermula lima orang terus bertambah.

Dalam nada bergurau dia memaklumkan perlukan mikrofon kerana jumlah yang hadir semakin bertambah supaya ilmu yang disampaikan dapat dihayati oleh semua kakitangan.

“Kena cadang mikrofon dah ni. Alhamdulillah, asalnya dari berlima sekarang makin hari makin bertambah.

“Aturannya senang jer siapa baru masuk dia kena baca…ikut giliran semua dapat merasa.

“Susah nak dapat peluang berkerja dalam persekitaran macam ini. Luar biasa semangat semua,” katanya menerusi status akaun Facebook miliknya.

Perkongsian itu menarik perhatian pengikutnya yang memuji cara tersebut dalam mendekatkan diri kepada Allah.

Seorang pengikutnya dikenali sebagai Mohd. Taufik Mansor menyatakan rasa syukur dengan kaedah yang dilakukan oleh pengurusan pusat beli belah itu.

“Alhamdulillah.. saya doakan moga segala apa yang dirancang sukses mengikut perancangan.Aamiin,” katanya.

Leave a Reply