Cart

RAUDHAH CITY 6 Jan – KURANG dua bulan pembukaan Mall Muslim Pertama di Malaysia, lebih 20 pengusaha telah menyertai sertai Bengkel dan Taklimat Peruncitan Malakat Mall, di auditorium Brainy Bunch. Sebelum ini, dua bengkel seumpamanya telah berlangsung untuk memberi input mengenai konsep, rekabentuk, penjenamaan, pengendalian stok dan sistem pengurusan.

 
Bengkel disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Istighfar Hamidon dengan memberi fokus kepada aspek pengurusan operasi, sumber manusia dan peruncitan.
Istighfar Hamidon

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Brainy Bunch, Hailmy Rizuan; Pengarah Pembangunan Perniagaan Brainy Bunch, Mohd. Fazli Rahim dan Ketua Teknologi Maklumat Raudhahpay, Mohamad Azarul Hakim Ibrahim.

Pelbagai perniagaan yang hampir kesemuanya berjenama baharu bakal ditempatkan di Malakat Mall. Di antaranya ialah kedai peralatan sukan Tahan Sports, kedai alatulis Conteng, kafe Bunchoh, asesori wanita Vastrend, kedai buku Iqra Read dan pasaraya Raudhah Grocer.

Para netizen dari kalangan Muslim nampaknya sentiasa mengikuti perkembangan berita Malakat Mall berdasarkan jumlah capaian, tanda suka dan share yang kian meningkat. Sama-sama kita doakan kejayaan Malakat Mall mengorak langkah pertama mengubah lanskap ekonomi di negara ini.

Leave a Reply