Cart

CYBERJAYA – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya sentiasa bersemangat mengajak umat Islam terus bersatu dalam mewujudkan suasana kebangkitan ekonomi Muslim. Inilah suara yang sangat dinanti-nantikan ramai pihak.

Aminuddin berkata, kita perlu melahirkan pemimpin dalam bidang ekonomi. Menurutnya, ternyata pejuangnya, Mohd Fadzil Hashim berada di landasan ini.

Menurutnya pihaknya akan memberi sokongan sepenuhnya kerana Coach Fadzil terbukti dalam Brainy Bunch yang sentiasa membawa mesej perjuangan dalam pendidikan kepada anak anak.

“Kali ini beliau berada dalam bidang perniagaan mall dan saya difahamkan dalam masa beberapa hari ini dia mahu membuka Raudhah Mart.

“Kita harap selepas ini kita pergi mana-mana kita cari Raudhah Mart, jangan cari mart yang lain. Kalau tak jumpa, tanya Cikgu Izzat,” selorohnya di hadapan lebih 2000 umat Islam yang hadir sempena Program Munajat Perdana di Malakat Mall.

Aminuddin berkata, beliau mengajak semua pihak berdoa kepada Allah dan yakin supaya rancangan dan pentadbiran yang digerakkan berjalan lancar. 

Jelasnya, memandangkan beliau bercakap di hadapan generasi muda, beliau percaya kumpulan itu akan mengambil bahagian dalam industri dan mengembangkan jumlah ahli KoPPIM menjadi sejuta.

“Saya harap lepas ini apabila mereka balik ke pondok, balik kampung atau pergi ke surau dan masjid di kampung masing-masing, kita kempen supaya KoPPIM menjadi koperasi terbesar di dunia.

“Jika sejuta orang dan seorang beri RM100 , satu bulan kita ada 100 juta, malah bukan sahaja kita ada 100 mall tetapi kita boleh beli semua mall yang ada di negara,” katanya.

 

Leave a Reply