Cart

RAUDHAH CITY – Penularan wabak Novel Coronavirus (2019-nCoV) tidak akan menjejaskan pembukaan Malakat Mall pada 1 Mac ini walaupun pihak pengurusan pasar raya berkenaan terpaksa menangguhkan beberapa rombongan perniagaan ke daerah perniagaan Yiwu, China.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, perancangan awal pembukaan Malakat Mall tidak terjejas tetapi mungkin akan menyebabkan sesetengah kedai tidak dapat dibuka secara sempurna.

Rombongan perniagaan bersama Coach Fadzil ke Yiwu, China pada 10 Februari ini ditangguhkan berikutan penularan 2019-nCoV di negara itu.

Keadaan itu katanya berikutan urusan membawa masuk produk dan barang perniagaan yang tergendala ekoran penularan wabak berkenaan.

“Sepatutnya memang kami beramai-ramai akan pergi ke China untuk beli barang sempena pembukaan tapi akibat apa yang berlaku sekarang (wabak Coronavirus) kita hadkan dahulu.

“Bagaimanapun kami yakin akan dapat buka Malakat Mall (seperti dijadualkan) tetapi mungkin tidak sepenuhnya. Dan sememangnya pun mana-mana pasar raya tidak akan beroperasi secara 100 peratus,” katanya.

Mohd. Fadzil yang juga Ketua Pegawai Eksekutif ASEAN Market Gateway (AMG) berkata, pasar raya berkonsepkan pusat perniagaan Islam pertama itu akan berjalan lancar selepas isu wabak dan perjalanan ke negara China selesai.

Rombongan perniagaan selama enam hari lima malam bermula 10 Februari bersama Mohd. Fadzil Hashim atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil ke Yiwu, China terpaksa ditangguh berikutan penularan wabak coronavirus di negara itu. – MT

Leave a Reply