Cart

Alhamdulilah Vince Focarelli | #MalakatMaklum
Siapa tidak kenal Vince Focarelli, kisah bekas ketua mafia yang berpengaruh di selatan Australia menjadi tular di media sosial.

Pernah dipenjarakan dan ditempatkan secara bersendirian di dalam sel tahanan, namun hanya Al-Quran yang diminta sebagai peneman.

Vince Focarelli, nama yang cukup digeruni bukan sahaja masyarakat Australia tetapi juga kumpulan gengster disana.

Jika sebelum ini, Dadah, Arak, Keganasan dan jenayah besar, apa saja akan sanggup dilakukan oleh lelaki ini demi duit dan kuasa.

Namun kini, insan ini membuktikan bahawa hidayah itu milik Allah dan tiada siapa pun dapat menghalangnya sekalipun ketua gengster terkenal.

Siang tadi, Vince Focarelli sempat melawat dan bertemu dengan Pengasas Malakat Mall, Coach Fadzil Hashim dan beliau kini telah bersama sama berjuang bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Warga Malakat Mall berbesar hati menerima semangat beliau dalam perjuangan kita semua.

Leave a Reply