Cart

CYBERJAYA  – Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzli Hashim melahirkan rasa keyakinannya apabila Malakat Mall akan dibuka secara soft launch pada 13 Mac ini berjalan dengan lancar dan di landasan yang betul (on track)

Rasa keyakinannya itu berdasarkan kepada hasil turun padang beliau ke Malakat Mall bagi melihat proses pengubahsuaian pusat membeli belah pada hari ini sejurus tiba di tanah air pagi tadi.

“Alhamdulliah, saya rasa yakin dan insyallah kita berada on track (di landasan betul)  untuk buka soft launch bukan pembukaan rasmi pada 13 Mac ini.

“Kita pilih 13 Mac kerana hari itu adalah hari Jumaat dan kita akan mulakan Solat Jumaat di Malakat Mall. Itu cara kita untuk buka kita punya mall dan Insyallah so far saya tengok kita on track dan of course (sudah tentu)  kedai lain akan ikut selepas itu,” katanya.

 

Proses pengubahsuaian di Malakat Mall berjalan lancar dan akan dibuka pada 13 Mac ini.

Jelasnya, pihaknya mensasarkan kesemua premis di ground floor (tingkat bawah) akan dibuka sepenuhnya pada 13 Mac ini manakala di tingkat kedua dibuka yang dikhaskan untuk peniaga-peniaga bazar raya.

Tambahnya, di tingkat  1 ada beberapa unit premis yang akan dibuka terlebih dahulu dan dijangka kira-kira 70 peratus akan dibuka pada 13 Mac ini.

“Beberapa unit kita akan buka selepas raya dan unit-unit yang kosong kita akan gunakan promosi raya. Ruang memang banyak untuk sesiapa yang mahu mahu berniaga dan  menjual barang.

“Kita beri peluang ini bukan sahaja kepada mereka yang mahu menjual sendiri barangan malah kepada mereka yang  ada barang tetapi tiada siapa boleh jualkan, hantar pada kami, kami tolong jualkan. Pada mereka  yang  mahu meniaga sendiri, kita  bagi ruang… Cuma yang tidak boleh tolong adalah mereka  tiada barang dan tak mahu berniaga tetapi boleh datang ke sini sebagai pelanggan,” katanya. ~ MBNews

https://youtu.be/nEg4zUaJOnU
Yakin Pelancaran Malakat Mall Berjalan Lancar

 

 

 

Leave a Reply